Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Syria, Bashar Assad berkata bahawa tentera negara itu akan merampas kembali Palmyra daripada tangan pengganas. Beliau membuat kenyataan itu di dalam sebuah temu ramah dengan sebuah badan penyiaran Rusia, Rossiya 24 pada hari Rabu ini.
"Kami pernah membebaskan Palmyra sebelum ini dan kami akan membebaskannya semula. Ini adalah sebuah peperangan, terkadang kamu menang dan terkadang kami tewas," kata beliau. "Akan tetapi, kita perlu ingat bahawa fokus perlu diberikan ke atas (bandar) Aleppo buat masa ini," tambah beliau lagi.
Kumpulan Takfiri Daesh telah menyerang Palmyra yang terletak lebih kurang 240 km dari Damsyik pada 9 Disember lalu. Para pengganas berjaya merampas sebuah telaga minyak dan juga sebuah lapangan terbang tentera yang terletak di pinggir bandar itu.
Sebelum ini, Tentera Arab Syria yang dibantu oleh Tentera Udara Persekutuan Rusia pernah membebaskan Palmyra daripada cengkaman pengganas pada 27 Mac lalu. Selepas itu, pihak Rusia dengan unit pemusnah ranjaunya berjaya membersihkan bandar itu daripada jerangkap samar yang dipasang oleh kumpulan pengganas tersebut.
14 Disember 2016 - 18:49
News ID: 798192
Presiden Syria, Bashar Assad berkata bahawa tentera negara itu akan merampas kembali Palmyra daripada tangan pengganas. Beliau membuat kenyataan itu di dalam sebuah temu ramah dengan sebuah badan penyiaran Rusia, Rossiya 24 pada hari Rabu ini.